Selamat Datang ke Sistem eKenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Laman Utama Sistem eKenderaan Hubungi Kami
    "Mudah, Cepat, Telus"
   Permohonan Online             Semakan Online                       

Syarat Permohonan Kenderaan

1. Semua permohonan kenderaan hendaklah melalui Permohonan
    Atas Talian Sistem eKenderaan dan hendaklah dihantar selewat-
    lewatnya 5 hari sebelum tarikh penggunaan bagi permohonan
    kereta/4WD/MPV dan lain-lain manakala bagi bas selewat-lewatnya
    7 hari berkerja sebelum tarikh penggunaan.

2. Pemohonan akan dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan
    kenderaan dan pemandu.
      
Syarat-Syarat dan Peraturan Permohonan Kenderaan
1. Kenderaan Jabatan adalah untuk membawa anggota Perkidmatan Awam sahaja. Penumpang-Penumpang selain dari yang dinyatakan dalam permohonan adalah diluluskan mengikut kepentingan perkhidmatan bagi penggunaan kenderaan tersebut.
 
2. Pengagihan penggunaan kenderaan adalah atas budi bicara Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
 
3. Jabatan ini boleh membatalkan mana-mana tempahan kenderaan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan tugas yang lebih mendesak.
 
4. Pegawai yang menggunakan kenderaan Jabatan tidak layak membuat tuntutan perjalanan.
 
5. Penggunaan kenderaan adalah untuk urusan rasmi anggota pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang sahaja. Permohonan penggunaan kenderaan oleh Jabatan luar atau untuk urusan peribadi/ kelab/ persatuan boleh dipertimbangkan sekiranya pihak penganjur / pemohon bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan bahan api tol jalan,elaun perjalanan dan lebih masa pemandu (termasuk penginapan), insurans (bagi kegunaan bas) kepada penumpang dan pemandu serta bayaran mencuci bas (RM 120.00 - Bas panjang, RM 90.00 - Bas pendek).
 
6. Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan (termasuk apa-apa kecederaan melibatkan kematian) yang dialami oleh pengguna kenderaan semasa dalam perjalanan sebagai penumpang dalam kenderaan yang dibekalkan oleh jabatan ini.
 
7. Tempahan akan terbatal bagi tempoh melebihi sehari semalam hendaklah dirancang supaya waktu pergi dilakukan di sebelah siang atau sampai ke destinasi sebelum pukul 10.00 malam. Perjalan sebelah malam adalah tidak digalakkan.
Hak Cipta Terpelihara © 2014 BTM Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat SUK Pahang.
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 5.0 ke atas (1024 x 768 piksel)